Info-info Terbaru.

1. inFO Hot bulan july NAK tahu click 'here'

2. Buat duit kat internet tanpa modal satu sen pun.. REGiSTER percuma click 'here'

3. UNtuk Pengguna MAXIS.. click 'here'

4. YANG minat, BOLA click 'here'

Khamis, 22 April 2010

"Negaraku,Malaysia"

Negara kita telah mencapai tahap yang amat membanggakan dari segi kemajuan ekonomi,sosial,politik,pentadbiran,komunikasi dan lain-lain lagi.Kemajuan ini terbina oleh hasil usaha gigih pemimpin-pemimpin yang terdahulu dan sekarang yang tidak pernah kenal erti jemu serta tabah dalam menghadapi segala kesulitan.

"ketika malaysia mula dikenali oleh dunia"


Kepakaran dari segi pembuatan kereta dan motorsikal
Pada dekad 80-an,Malaysia merupakan sebuah negara yang baru pulih daripada kegawatan ekonomi dan masih berada di dalam kalangan negara membangun dunia.

Pelbagai usaha dilaksanakan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara industri.Dr. Mahathir yang ketika itu menjadi Perdana Menteri Malaysia telah bercita-cita untuk mengeluarkan kereta buatan sendiri.Cita-cita beliau telah menimbulkan perasaan tidak yakin dan ragu-ragu di kalangan rakyat.Ini kerana pada masa itu,kepakaran Malaysia dalam bidang pembuatan kereta amat terhad.

Bagi mengatasi masalah kekurangan kepakaran, Malaysia telah berkongsi pengalaman dengan negara Jepun bagi mengeluarkan kereta sendiri.Perkongsian kepakaran ini telah membuahkan hasil.Pada tahun 1985,maka muncullah kereta pertama negara yang diberi nama Proton Saga.

Kewujudan Proton Saga yang dipertontonkan kepada umum melalui kaca televisyen serta media-massa yang lain,telah membuka mata rakyat bahawa Malaysia mampu mengeluarkan kereta buatan sendiri.Ramai orang berasa kagum dengan kejayaan Dr. Mahathir merealisasikan kereta buatan Malaysia itu.

Hingga kini negara telah mengeluarkan pelba

gai jenis kereta.kejayaan ini membanggakan rakyat Malaysia.Selain itu juga Malaysia telah mengeluarkan motosikal buatan sendiri yang diberi nama Kriss dan Jaguh.Pencapaian Malaysia mengeluarkan kereta dan motorsikal sendiri telah membuka mata dunia akan kebolehan rakyat Malaysia itu sendiri.


"Dasar penswastaan dan persyarikatan"


Bagi mengimbangi ekonomi negara dengan rakyat,dasar penswastaan dan persyarikatan telah dilaksanakan.Dasar penswastaan ini penting untuk menjadikan sesuatu perkhidmatan menjadi lebih baik dan tidak perlu bergantung dengan kerajaan.Contoh badan-badan perkhidamatan yang telah diswastakan ialah Jabatan Tenaga Nasional yang kini dikenali sebagai Tenaga Nasional Berhad,Jabatan Telekom Malaysia yang kini dikenali sebagai Telekom Malaysia,Permodalan Nasional Ber

had dan lain-lain lagi.

Dasar penswastaan dan persyarikatan ini secara tidak langsung memberi peluang kepada rakyat untuk mentadbir sesuatu organisasi dengan lebih cekap,cepat dan efisien.Secara tidak langsung,dasar ini memberi keyakinan kepada rakyat untuk mentadbir dengan lebih baik setanding dengan negara-negara lain.


"Kampung cyber"

Abad ke- 21 menjanjikan permintaan dan cabaran yang tinggi dalam bidang telekomunikasi.Pembangunan prasarana telekomunikasi negara dianggap memasuki era kritikal terutamanya ketika Malaysia sedang memperkemaskan diri sebagai pusat teknologi maklumat yang canggih.Melihat kepada keupayaan dan keberkesanan telekomunikasi tersebut,Malaysia sendiri telah mewujudkan Koridor Raya Multimedia (MSC) MSC diharap dapat menjadi jambatan global yang menghubungkan negara kita dengan era maklumat.

Putrajayav beroperasi sebagai kerajaan elektronik yang menghubungkan terus dengan negara ASEAN,Amerika Utara,Eropah

dan Jepun.dalam sistem perkhidmatan awam juga turut mengalami penyusunan semula dengan membolehkan setiap warganegara berinteraksi secara

langsung dengan kerajaan.

Agensi-agensi kerajaan secara langsung melalui kemudahan Teknologi Maklumat.Pembinaan pusat Bandaraya Pintar (CyberJaya) dan Pusat Pentadbiran Negara di Putrajaya,Dengkil,Selangor amat tepat pada masanya ketika negara menuju ke alaf baru.Ia adalah sebahagian daripada projek Multimedia Supercorridor (MSC).Antara objektif penubuhan MSC ialah ianya sebagai pusat teleperubatan elektronik,sekolah bestari,pusat pembangunan dan penyelidikan,pusat pemasaran tanpa sempadan dan tempat penggunaan kad pintar.

Bangunan Kuala Lumpur City-Centre (KLCC) yang ada sekarang menjadi penghubung di antara bandar Kuala Lumpur dengan Cyberjaya di Dengkil,Selangor.Untuk memajukan sistem komunikasi penyiaran radio televisyen negara ini maka wujudlah Menara Kuala Lumpur .Ketinggiannnya ialah 421 meter.Fungsinya sebagai stesen transmisi bagi telekomunikasi kita.

Pembinaan Menara Kuala Lumpur di atas Bukit Nenas dirasakan amat penting oleh pemimpin negara iaitu Dr. Mahathir.Beliau merasakan bahawa pada masa depan rakyat memerlukan kepantasan dari segi komunikasi.Pencapaian kemajuan sesebuah bangsa diukur berdasarkan kepada penguasaan teknologi seperti maklumat.

Kini rakyat Malaysia boleh berbangga dengan kemajuan yang telah dicapai.Rakyat Malaysia tidak perlu berasa rendah diri dengan negara lain kerana negara kita setanding dengan negara maju dan perlu diiktiraf oleh mereka sebagai yang terbaik.Ini bukanlah perkara untuk menunjuk-nunjuk tetapi adalah sebagai dorongan untuk rakyat Malaysia bahawa mereka sekarang boleh berdiri sama tinggi

dengan negara maju lain..


Sekarang rakyat kita perlu berbangga dengan diri kita sendiri bahawa kita adalah rakyat yang boleh berjaya dalam segala bidang jika diberi peluang.rakyat kita sekarang boleh berdiri sama tinggi,duduk sama rendah dengan bangsa-bangsa lain di dunia.

"Antara bukti dan banyak lagi bukti kejayaan malaysia"

Bukti ialah kebolehan rakyat Malaysia

dalam pelbagai bidang.Contohnya beberapa anak Malaysia telah berjaya menaiki gunung yang tertinggi di dunia iaitu Gunung Everest.Nama-nama seperti Magendran dan Mohandas adalah tersenarai dalam buku lipatan sejarah negara.

Adik beradik Read tidak kurang hebatnya apabila berjaya menawan Kutub Utara.Kesejukan yang tidak terhingga dapat diharungi dengan tabah oleh adik-beradik Read ini.

Datuk Azhar Mansur juga tidak kurang hebatnya.Pelayaran beliau mengelilingi dunia secara solo melambangkan disiplin yang tinggi di kalangan rakyat Malaysia.Pelayaran Datuk Mansur ini patut menjadi contoh kepada generasi sekarang dan masa depan untuk mendisiplinkan diri dengan lebih baik lagi dalam melakukan sesuatu perkara untuk berjaya.

Kesimpulannya kita mestilah berfikiran positif,kental,berdisiplin dan menyerahkan takdir kepada Tuhan apabila telah berusaha dengan bersungguh-sungguh.Kita tidak perlu merasa kecewa apabila gagal dalam sesuatu perkara tetapi berusaha dengan lebih gigih lagi untuk menjadi bangsa yang maju di dunia.

Penutup kata.. sama-sama la kita sedekahkan "al-fatihah" kepada pejuang tanah air yg telah kembali kepada Allah Swt. terlebih dulu "al-fatihah"..
-amin-

Isnin, 12 April 2010

Melayu






Melayu
Merujuk kepada mereka yang bertutur bahasa Melayu dan mengamalkan adat resam orang Melayu. Perkataan Melayu mungkin berasal daripada nama sebuah anak sungai yang bernama Sungai Melayu di hulu Sungai Batang Hari, Sumatera. Di sana letaknya "Kerajaan Melayu" sekitar 1500 tahun dahulu sebelum atau semasa adanya Kerajaan Srivijaya. Sehubungan itu, dari segi etimologi, perkataan "Melayu" itu dikatakan berasal daripada perkataan Sanskrit "Malaya" yang bermaksud "bukit" ataupun tanah tinggi. Ada juga sumber sejarah yang mengatakan bahawa perkataan "Melayu" berasal dari "Sungai Melayu" di Jambi.

Istilah "Melayu" ditakrifkan oleh UNESCO pada tahun 1972 sebagai suku bangsa Melayu di Semenanjung Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina, dan Madagaskar. Bagaimanapun menurut Perlembagaan Malaysia, istilah "Melayu" hanya merujuk kepada seseorang yang berketurunan Melayu yang menganut agama Islam. Dengan kata yang lain, bukan semua orang yang berketurunan daripada nenek moyang Melayu adalah orang Melayu.

Istilah "Melayu" untuk merujuk kepada nama bangsa atau bahasa adalah suatu perkembangan yang agak baru dari segi sejarah, iaitu setelah adanya Kesultanan Melayu Melaka. Walaupun demikian, tidaklah sehingga abad ke-17 bahawa istilah "Melayu" yang merujuk kepada bangsa semakin digunakan secara meluas. Sebelum itu, istilah "Melayu" hanya merujuk kepada keturunan raja Melayu dari Sumatera sahaja.

Penggunaan istilah "Melayu" muncul buat pertama pada kira-kira 100-150 Masihi dalam karya Ptolemy, Geographike Sintaxis, yang menggunakan istilah "maleu-kolon". G. E. Gerini menganggap istilah itu berasal daripada perkataan Sanskrit, iaitu malayakom atau malaikurram, yang merujuk kepada Tanjung Kuantan di Semenanjung Malaysia. Sebaliknya, Roland Bradell menganggap tempat itu merujuk kepada Tanjung Penyabung.

Istilah Malaya dvipa muncul dalam kitab Purana, sebuah kitab Hindu purba, yang ditulis sebelum zaman Gautama Buddha sehingga 500 Masihi. Dvipa bermaksud "tanah yang dikelilingi air" dan berdasarkan maklumat-maklumat yang lain dalam kitab itu, para pengkaji beranggapan bahawa Malaya dvipa ialah Pulau Sumatera.

Istilah "Mo-lo-yu" juga dicatat dalam buku catatan perjalanan pengembara Cina pada sekitar tahun 644-645 Masihi semasa zaman Dinasti Tang. Para pengkaji bersependapat bahawa perkataan "Mo-lo-yo" yang dimaksudkan itu ialah kerajaan yang terletak di Jambi di Pulau Sumatera, serta juga Sriwijaya yang terletak di daerah Palembang.


Masalah yang wujud dalam penakrifan orang Melayu

Penakrifan orang Melayu merupakan satu pekerjaan yang sukar. Sekiranya menurut penakrifan orang Melayu sebagai orang yang bertutur dalam Bahasa Melayu, penakrifan ini merangkumi kebanyakan orang di Malaysia, Indonesia, dan sebahagian dari negeri Thai dan Filipina. Tetapi, di Indonesia moden, orang Melayu ditakrifkan hanya sebagai salah satu daripada beratus-ratus kaum/suku di negara itu. Lebih-lebih lagi, warga Indonesia yang dilahirkan selepas kewujudan negara Indonesia lebih suka mengenali diri mereka sebagai orang Indonesia dan mengenali bahasa mereka sebagai bahasa Indonesia. Walaupun demikian, secara amnya terdapat dua jenis penakrifan untuk menentukan sama ada seseorang itu orang Melayu. Iaitu:

* Penakrifan undang-undang
* Penakrifan antropologi

Penakrifan undang-undang

Di negara Malaysia, orang Melayu didefinisikan menurut perlembagaan dalam pekara 160(2). Menurut perkara ini, orang Melayu ditakrifkan sebagai:

1. Seorang yang beragama Islam
2. Bertutur bahasa Melayu
3. Mengamalkan adat istiadat Melayu
4. Lahir sebelum hari merdeka sama ada di Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) atau di Singapura atau pada hari merdeka, dia bermastautin di Persekutuan atau di Singapura.

Takrifan undang-undang ini adalah ditetapkan demi keperluan politik di negara Malaysia. Maka dengan itu, ia adalah tidak menepati hakikat di mana sebenarnya terdapat juga orang Melayu yang bermastautin di luar Persekutuan Malaysia. Contohnya di selatan Thailand terdapat juga kelompok manusia yang bertutur dalam Bahasa Melayu dan mengamalkan budaya orang Melayu. Penakfifan ini tidak sesuai untuk takrifan kaum Cina yang berbeza pertuturannya sebaliknya berkongsi tulisan dan adab resam yang sama dikalangan suku kaum-suku kaum yang berlainan.